Jan 4, 2008

KEDAI MELAYU

KEDAI MELAYU

(nyanyi ikut tune lagu "Gadis Melayu" -- Othman
Hamzah / Jamal
Abdillah /
Mawi AF3)

Siapa bilang kedai Melayu tidak mahal
Tak mencekik darah, makanan memikat
Kalaulah murah tak mungkin aku tak singgah
Kalaulah sedap tak mungkin aku tak lahap

Aduhaaaiii... ambil order lambatnya
Hantar pun lewat juga
Bila makanan tiba
Aduh tersilap pula
Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia
Tiada yang selembap servis kedai orang kita

Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia
Tiada yang selembap servis kedai orang kita
Waktu kita makan, kucing panjat meja
Waktu kita bayar, tiada wang kecil pula!

No comments:

Nama Aku Dalam Bahasa jepun,Jgn Tkezut Plak ?? Mizuhashi (water bridge) 久美子 Kumiko (eternal beautiful child). nak tau name korang dalam bahasa jepun tak,klik sni jer....! Created with Rum and Monkey's mat jaid aka Mr J@cK.